Sunday 23 October 2011

The Power of Gold




Selamat datang dan selamat membaca The Power of Golds Blogspot.com

Power of gold membongkar kepentingan dan keuntungan dalam perniagaan emas. Ramai orang telah menyedari bahawa pada hakikatnya nilai mata wang pada masa akan datang akan TURUN, tetapi berbeza pula dengan emas yang boleh menguntungkan pada masa akan datang.

Emas merupakan suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Berminat dengan emas? Saya telah menyedari kepentingan menyimpan emas....anda bila lagi?? Ini merupakan satu peluang kepada anda untuk memulakan menyimpan emas dari sekarang.

Sekian dan terima kasih.